Tips Tanam Kacang Panjang Merah

KITA biasa melihat dan makan kacang panjang yang berwarna hijau.Baru-baru ini ada dijual kacang panjang merah pula. Varieti ini berasal dari selatan China dan dikenal; sebagai changjiang dou, cheung kung tau, Chinese Red Noodle Bean atau asparagus bean. Kacang panjang merah (Vignaunguiculata subsp. sesquipedalis) tergolong dalam famili Fabaceae.

Kacang panjang merah juga adalah sejenis tanaman memanjat sama seperti kacang panjang hijau cuma berwarna merah.

Namun, warna merah akan hilang setelah dimasak. Ia boleh memanjat sehingga dua dan tiga meter tinggi. Kacang ini sesuai dimasak atau dijadikan ulam sahaja. Rasanya manis sedikit dan rangup seperti asparagus.

Tanaman ini kaya dengan sumber protein, vitamin Adan C, thiamin, riboflavin, zat besi, fosrorus, magnesium dan mangan.

Amalan pengambilan sayur kacang panjang sebagai makanan harian boleh membantu kita terhindar daripada beberapa jenis penyakit, antaranya serangan jantung, masalah sembelit, kurang darah, anemia dan sakit pinggang. la juga memainkan peranan sebagai antibarah dan antioksidan (awet muda).


Penyediaan Kawasan

  • Kacang panjang merah sesuai ditanam di kawasan yang bersaliran baik, tanah tidak terlalu berair, dan pH tanah antara 5.5 dan 6.5.
  • Batas berukuran satu meter lebar dan panjang mengikut keluasan kawasan. Gaul dan gemburkan tanah bersama kompos dan baja organik (tahi ayam).
  • Jarak penanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sentimeter (sm) antara -pokok dan antara baris.
  • Kayu juniung 5 dan 6.5 kaki (tinggi) dan trilles perlu disediakan juga kerana kacang panjang merah adalah jenis tanaman memanjat.
  • Batas sebaiknya ditutup dengan plastik silver shine sebagai sungkupan untuk kawalan rumpai dan kekalkan kelembapan tanah.

Penanaman

  • Penanaman boleh dibuat melalui biji benih.
  • Dua kaedah penanaman sama ada semaian atau tanam terus.
  • Biji benih akan pula bercambah pada hari kedua selepas ditanam, dan boleh mula dipindahkan pada hari kelapan hingga kesepuluh.
  • Bagi kaedah tanam terus, dua atau tiga biji benih akan ditanam dalam satu lubang.
  • Pada hari kelapan, jika terdapat lebih daripada satu anak pokok yang tumbuh kerja penjarangan perlu dilakukan. Tinggalkan satu sahaja anak pokok yang paling sihat dalam setiap lubang tanaman.

Pengairan

  • Pengairan perlu diberi dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Sebaiknya, sumber air yang digunakan adalah air yang bersih tanpa klorin.
  • Cara pengairan bergantung pada pengusaha sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.

Pembajaan

  • Pembajaan kali pertama akan diberikan pada minggu kedua selepas menanam dengan kadar 50 gram (g) per pokok.
  • Baja kali kedua, pada minggu keempat sebanyak 50 hingga 80g
    setiap pokok.
  • Baja kali ketiga, pada minggu ketujuh sebanyak 80 hingga l00g perpokok.
  • Baja yang digunakan mestilah baja organik sama ada baja yang dibeli atau baja buatan sendiri.
  • Jika baja dari kilang, ikut kadar yang telah disyorkan. Ini kerana ada sesetengah baja dalam bentuk larutan pekat dan perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Bagi yang membuat baja organik sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali untuk pertumbuhan pokok yang baik.

Kawalan Rumpai

  • ine’ sedikit sebanyak telah membantu mengawal pertumbuhan rumpai.
  • Seminggu sekali rumpai perlu dibuang. Ini kerana rumpai adalah musuh utama tanaman dalam persaingan untuk mendapatkan makanan, ruang dan cahaya matahari. Selain itu, rumpai boleh menjadi tempat pembiakan serangga perosak jika dibiarkan tanpa kawalan.
  • Kerja merumpai boleh dilakukan di sekeliling pokok dan mesin rumput di luar batas tanaman.

Kawalan Perosak dan Penyakit

  • Bagi kacang panjang murah, serangan ulat pengorek buah adalah masalah utama. Sembur racun organik buatan sendiri atau yang dibeli bermula pada minggu kelima selepas menanam.
  • Pada minggu tersebut bunga telah berkembang dan buah muda akan muncul. Lalat buah akan mula berkeliaran di kawasan penanaman untuk bertelur.
  • Sembur racun seminggu sekali. Pemantauan yang teliti dan kerap sangat penting untuk mcngawal serangan perosak dan penyakit.
  • Ada juga masalah penyakit mati rosot yang disebabkan saliran kawasan yang teruk. Tanah yang berair tidak sesuai untuk tanaman beang panjang merah.
  • Ulat pelombong daun boleh diatasi dengan menyembur racun organik cili padi, lada hitam dan juga sabun pada daun yang terkena serangan.

Penuaian

  • Hasil boleh mula dituai selepas 45 hingga 60 hari ditanam. Kacang panjang yang matangbiasanya bersaiz antara 25 dan 45 sm panjang.
  • Kutip basil setiap dua atau tiga kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung pada kesuburan pokok.

 

Sumber: Utusan Malaysia
ZALIZA MAHAT
Taman Pertanian Universiti, UPM