Panduan Penanaman Ciku

POKOK ciku adalah tanaman tropika yang tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun. la juga boleh berbuah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok. Sememangnya, ciku tergolong dalam famili sapotaceae dan nama saintiflknya ialah Achras Zapota.

Pokok ciku boleh hidup dengan baik dan subur dipelbagai jenis tanah, tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi, saliran yang baik dan pH yang neutral.

Manakala bagi jarak tanaman pokok ciku yang disyorkan ialah 6 x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bilangan pokok ciku yang boleh ditanam dengan jarak ini ialah sebanyak 278 pokok sehektar.

Penyediaan bahan tanaman adalah menggunakan beberapa teknik pembiakan seperti tut dan
cantuman haji.

Peratus kejayaan bergantung kepada kecekapan dan kemahiran mencantum.

Pokok ciku perlu diberikan penjagaan yang sempurna supaya tumbuh dengan baik serta cepat mengeluarkan hasil dengan banyak.

Pokok ciku mula mengeluarkan hasil bermula dari tiga hingga empat tahun selepas ditanam di dusun dan mampu mengeluarkan buah dengan banyak.

Antara klon yang ditanam di ladang UPM ialah seperti C61 (Betawi), C62 (Jantung) C63 (Subang) dan CM 19 (Ciku Mega).

Buah ciku mcmang enak dimakan segar dan amat berkhasiat. la juga boleh diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

TIPS PENJAGAAN

Antara tip penjagaan yang dapat dikongsi pada ruangan kali ini adalah seperti berikut:-

1) Pengairan

  • Pokok ciku perlu ditanam pada awal musim hujan agar mendapat jumlah air yang cukup dan
    seterusnya dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok.
  • Pokok aku perlu disiram dengan kekerapan dua kali sehari pada peringkat awal pertumbuhan sehingga tempoh empat hingga enam bulan.
  • Sekiranya musim hujan, pokok tidak perlu disiram dan boleh mendapatkan bekalan air dengan
    sendirinya.
  • Penggunaan jeli (aquasorb) adalah disyorkan supaya pokok dapat bekalan air yang berterusan.
  • Tujuan utama jeli diletakkan di dalam tanah semasa penanaman ialah untuk memegang, membekalkan air secara perlahan-lahan serta berterusan kepada pokok.

2) Kawalan Rumpai

  • Rumpai yang tumbuh di bawah kanopi pokok pada peringkat awal penanaman boleh dikawal dengan cara manual (cangkul) atau racun kimia.
  • Penggunaan racun kimia jenis sentuh yang mempunyai bahan aktif seperti paraquat boleh digunakan untuk menghapuskan rumpai di bawah kanopi pokok.
  • Penggunaan cangkul, tajak, mesin pemotong rumput boleh digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai secara manual dikeliling kanopi pokok.

3) Pemangkasan

  • Pokok ciku biasanya menggunakan sistem terbuka tengah bagi membentuk pertumbuhan dahan dan ranting bagi menghasilkan buah yang banyak dan bentuk pokok yang rendang.
  • Pokok ciku perlu dibentuk selepas setahun lepas ditanam dengan memangkas ranting atau tunas yang tidak produktif mengikut kepada keadaan tumbesaran dan pertumbuhan pokok
  • Pemangkasan dan penjagaan secara berkala perlu dilakukan supaya pokok hidup subur dan rendang. Pemangkasan juga dapat mengurangkan serangan penyakit dan serangga pada pokok ciku.

4) Pembajaan

  • Baja tumbesaran/daun perlu dibekalkan kepada pokok ciku pada peringkat awal pertumbuhan dengan kadar baja yang bergantung kepada umur pokok, kesuburan tanah dan tumbesaran pokok.
  • Penggunaan baja NPK 15:15:15 secara berkala dan teratur dengan kekerapan empat kali setahun adalah disyorkan selepas penanaman didusun.
  • Penggunaan Baja buah NPK Biru 12:12:17:2 digunakan selepas pokok mengeluarhn hasil. Baja buah boleh membekalkan sumber zat makanan yang cukup bagi menjamin kualiti buah yang baik dan berkualiti.
  • Baja organik perlu ditabur untuk menggantikan baja yang telah digunakan oleh pokok sebelum ini.

5) Kawalan Penyakit dan Perosak

  • Penyakit yang biasa menyerang pokok ciku ialah seperti Cendawan angin, Jelaga Hitam dan Penyakit puru. Ia perlu dikawal dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan serta pemangkasan penjagaan pokok.
  • Manakala penyakit yang mudah menyerang pokok rambutan adalah seperti lalat buah dan pengorek buah. la perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga yang sesuai dan amalan kultura yang sempuma dan teratur.

 

Sumber: Utusan Malaysia
Penulis: Norhaimansah Ismail
Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia