Pembiakan buah-buahan – Kaedah Tut

Pembiakan pokok buah-buahan secara tampang melibatkan bahagian vegetatif yang terdapat pada bahagian pokok tersebut.

Terdapat pelbagai kaedah pembiakan tampang sama ada menggunakan keratan, organ khas, lenturan ataupun cantuman.

Pembiakan tampang dilakukan sekiranya tanaman tidak berupaya mengeluarkan biji benih dengan banyak ataupun biji benih yang diperolehi tidak dapat menghasilkan pokok yang sama dengan pokok induk/baka yang dikehendaki

Tips

  • Ranting/dahan yang dipilih daripada jenis kayu separa keras (anggaran sebesar batang pensel)
  • Antara media pengakaran yang boleh digunakan ialah tanah campuran dengan nisbah 2:1 (tanah peroi:organik) JIFFY 7, sabot atau vermiculite.
  • Hormon penggalak akar mengandungi IBA untuk membantu menggalakkan pengeluaran akar.
  • Tut yang berjaya akan mengeluarkan akar selepas satu hingga tiga bulan ia dilakukan.