Tips Tanam Sekoi

SEKOI boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbandlng dengan jagung. Fizikal pokok sekoi lebih kurang sama dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon.

Penanaman

Tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki
pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.

  • Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
  • Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.
  • Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/hektar (ha) untuk tanah biasa.
  • Jarak tanaman bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sekoi iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok.
  • Biji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam tiga dan lima sm sebanyak tiga atau empat biji selubang.
  • Menanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam.
  • Penjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan Tumbesaran

  • Kawalan rumpal dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam.
  • Pembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan Kndiberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam
  • Ulat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian
  • Serangan burung adalah pada peringkat penyemaian dan ketika
    peringkat susu biji sekoi
  • Penyakit hawar daun dan smut biji sekoi boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan menggunakan racun yang bersesuaian.

Penuaian

  • Hasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam.
  • Untuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu
  • Jika tidak perlukan ratoon, potong pokok lebih tinggi dan paras tanah atau dengan mengerat atau memotong Jambak buah
  • Hasil mengikut jenis DOOBS (1,791 kg/ha), CE/71 (1,662 kg/ha). CE/178 (1,669 kg/ha) dan 655N(1,523 kg/ha).

Penyimpanan

  • Biasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga.

INFO TAMBAHAN

  • Sekoi (Sorghum bicolor l., atau Sorghum vulgare Pers.) berasal darl Afrika Utara.
  • Bijinya banyak digunakan sebagai campuran dalam makanan ternakan dan pokoknya juga boleh
    dijadikan makan ternakan seperti lembu tenusu dan lembu pedaging.
  • Biji benih sekoi boleh diproses untuk dijadikan tepung dan kanji yang digunakan dalam perindustrian makanan seperti gula, minyak dan kuih-muih.