Ciptaan 9 produk teknologi padi, oleh sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia, UPM dilihat mampu mencapai sasaran pengeluaran hasil padi sehingga 10 tan metrik perhektar, setahun, terutama di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, IADA-KETARA Besut. Sasaran itu relevan, memandangkan pengeluaran padi di kawasan berkenaan mencatat pertumbuhan positif, 5.7 tan metrik perhektar, berbanding jumlah sebelumnya hanya 4.8 tan metrik tan perhektar. BERITA TV1